top of page

Kuiz berdasarkan video dan aktiviti

  1. Anda diminta mencatat semua masa yang ada dalam video.

  2. Catatkan masa dan aktiviti yang dilakukan dengan betul.

  3. Pada pukul berapa Ng bangun pagi?

  4. Pada pukul 7.30 pagi, apakah aktiviti yang dilakukan oleh Ng?

  5. Kenapa Ng berada di kantin? Pada pukul berapa Ng berada di kantin?

  6. Dalam video di atas, bilakah Ng mengulangkaji dan membuat kerja rumah?

  7. Pada pukul berapa Ng makan malam?

  8. Selepas makan malam, apakah aktiviti yang dilakukan oleh Ng?

Aktiviti yang boleh dilakukan

  1. Murid boleh duduk dalam kumpulan dan bincangkan aktiviti-aktiviti yang dilakukan pada hari persekolahan.

  2. Guru boleh mengadakan aktiviti secara berkumpulan. Murid diminta bertanding untuk menyebut masa yang ditunjukkan oleh guru. Kumpulan yang paling cepat dan tepat akan mendapat 1 markah. Pada akhir aktiviti ini, guru akan mengira markah. Kumpulan yang mendapat markah yang paling tinggi dikira menang. Guru boleh memberi sticker atau bintang di atas papan rekod kelakuan (jika ada).

bottom of page